Pas sudah hilang sabar, krisis Bersatu boleh cetus langkah solo PRU16
Ketegangan dalaman Bersatu yang berlarutan boleh memaksa Pas mempertimbang haluan sendiri menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) sekiranya ia terus menjejaskan pergerakan Perikatan Nasional (PN). Ketua Penerangan PN, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Pas tidak boleh membiarkan konflik yang tidak berkesudahan dalam Bersatu mengganggu persiapan menghadapi PRU16 akan datang. “Kalau ia merencatkan perjalanan PN, maka Pas…