Protes di Iran: Ini status rakyat Malaysia
Kedutaan Besar Malaysia di Iran mengesahkan bahawa rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat susulan kebangkitan protes rakyat terhadap kerajaan di Iran. “Berdasarkan laporan terkini, semua rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran adalah selamat. “Pihak kedutaan sedang giat menghubungi rakyat Malaysia yang berdaftar bagi memastikan kesejahteraan mereka serta menyalurkan maklumat dan perkembangan…