Dari 12 orang meningkat 212 mangsa, 4 daerah di Terengganu banjir malam tadi
Empat daerah di Terengganu dilanda banjir pada jam 10 malam tadi sehingga menjejaskan kira-kira 54 keluarga atau 212 orang mangsa. Empat daerah terlibat iaitu Kemaman, Marang, Hulu Terengganu dan Setiu, rekod setakat tengah malam semalam. Menurut portal publicinfobanjir.water.gov.my, paras air dua sungai di Terengganu melebihi tahap amaran dengan trend menaik iaitu Sungai Tumpat di Kampung…