Soalan panas berkait Najib Razak akan dijawab Perdana Menteri hari ini
Kenaikan premium insurans perubatan dan kewujudan Titah Adendum membabitkan permohonan pengampunan oleh Datuk Seri Najib Abdul Razak antara dua soalan panas yang akan dibangkitkan di Dewan Rakyat sekejap lagi. Mengikut Aturan Mesyuarat, Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) akan memulakan soalan pertama meminta Perdana Menteri menyatakan langkah kerajaan mengatasi masalah kenaikan premium insurans perubatan antara 40% hingga 70%…