
Betul ke polis dan JPJ sabotaj Himpunan RXZ Member 5.0 di Terengganu?
SEBENARNYA TIDAK BEGITU!!!
Menurut laman Sebenarnya.my, Polis dan Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) mendapat aduan dari orang ramai yang mana penunggang-penunggang motosikal ini telah memandu secara melulu.
Langkah ini merbahaya kepada diri dan pengguna jalan raya yang lain, di jalan-jalan raya termasuk Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan jalan-jalan negeri.
Susulan dari rungutan dan aduan tersebutlah, pihak polis telah membuat pemantauan dan pemeriksaan.
Ia dibuat sekitar daerah Kuala Terengganu, dan mendapati aduan dan rungutan yang diterima dari orang ramai adalah benar dan berasas, kata Ketua Polis Terengganu, DCP Datuk Mazli bin Mazlan pada 10 September lepas.
PDRM Terengganu kemudian melancarkan satu operasi bersepadu iaitu operasi khas motosikal antara Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu.

Polis menahan motosikal RXZ selepas mendapat aduan dari orang ramai kerana tidak mematuhi peraturan dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
Ia dilakukan bersama JPJ Terengganu pada 8 dan 9 September 2023 berakhir 12.00 tengah malam diketuai oleh Timbalan Ketua JSPT Terengganu dengan 83 keanggotaan daripada PDRM dan JPJ.
Jadi, semak dulu faktanya ye. Tidak pasti jangan kongsi.