Bila kita hanya ada tukul besi sahaja!
Apabila YAB Menteri Besar Kedah umum untuk tidak akan memperbaharui lesen premis judi di negeri itu, agak meriah pemimpin Pas di sini sana memberi komen yang memuji tindakan Kerajaan Kedah itu. Padahal masa PRU dulu, dia dah maklum Kedah dah tutup pusat judi dinegeri itu.
Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat misalnya mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan di Persekutuan mengikuti jejak Kerajaan Pas di Kedah.
Dia juga menambah “tidak cukup bagi Kerajaan Persekutuan sekadar menurunkan cabutan khas nombor ramalan daripada 22 kali ke 8 kali setahun”.
Saya sebenarnya amat bersimpati dengan ramai kawan saya di dalam Pas.
Bila melihat dan membaca komen depa tentang sesuatu isu,saya teringat kata-kata Abraham Maslow ini
“Jika satu-satunya alat yang anda miliki adalah tukul besi, anda cenderung untuk melihat sebarang isu atau masaalah sebagai paku” (if the only tool you have is a hammer, you tend to see every problem as a nail”).
Mungkin depa tidak begitu sedar komen-komen yang depa berikan itu seperti komen YB Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat di atas menggambarkan pemimpin Pas hanya sekadar dilihat seolah-olah hanya boleh dan mampu untuk berbicara isu-isu seperti itu sahaja dan tidak lebih daripada itu. Orang putih habaq “their views are, with due respect,too myopic!”
Depa dilihat hanya melihat kehidupan dunia yang serba rumit dan kompleks ini dari dimensi hitam dan putih sahaja. “No such thing as grey area.”
Implikasi negatifnya, Islam juga dilihat tidak mampu melihat sesuatu isu melampaui isu halal dan haram kerana Pas sering dianggap mewakili Islam!
Segala masalah hanya dilihat “paku” sahaja dari “weltanschauung” (world view) Pas. Tidak lebih dari itu.
Mungkin depa perlu malu sikit pada Almarhum Tok Guru Nik Aziz yang pernah bercakap mengenai “Magna Carta” semasa Almarhum memberikan sebuah ucapan tentang “human rights” di dalam sebuah majlis anjuran Persatuan Para Peguam Kuala Lumpur.
Secara kebetulan saya ada di program tersebut semasa Almarhum berucap itu.
Alexender Pope ada berkata “ilmu yang sedikit itu adalah perkara yang merbahaya (“little knowledge is a dangerous thing“.)
Sebelum anda ingin memberi komen fasal isu judi itu, ketahuilah dahulu isu itu secara betul, seperti isu bidangkusa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Melarang menggunakan premis judi – di bawah bidangkuasa Kerajaan Negeri – mungkin tidak serumit seperti melarang sama sekali operasi judi – di bawah bidangkuasa Kerajaan Persekutuan.
Anda perlu faham isu itu dahulu sebelum anda ingin kemukakan sebarang cadangan. Orang Arab habaq تعلم ثم تكلم – “learn first and then talk!”
Anda nampaknya tidak mahu Kerajaan Perpaduan di Persekutuan hanya sekadar turunkan kekerapan cabutan khas judi dari 22 kali ke 8 kali. Baiklah. Kita anggap anda tidak bersetuju dengan langkah itu.
Boleh tak kami tanya sikit “bagaimanakah semasa Pas masih ada dalam Kerajaan Pusat dulu, bukan sahaja Pas gagal mempengaruhi kerajaan masa itu untuk kurangkan cabutan khas judi dari 8 kali ke sifar, malahan dari 8 kali naik semula ke 22 kali!
Apa dah jadi?
Bila dikurangkan ke 8 kali paling kurang ada kaedah fiqah yang mengawali hal tersebut iaitu seperti kaedah ” ما لا يدرك كل لا يترك كله – ” apa yang tidak boleh dillakukan semua jangan pula ditinggalkan semua”. Pendekatan secara ” tadarruj” (gradual) bukan sesuatu yang asing dalam tradisi Islam.
Nak tanya masa kerajaan yang Pas ada dalamnya menaikkan semula cabutan khas nombor ramalan dari 8 kali ke 22 kali, masa itu Pas pakai kaedah fiqah apa ya ?”
والله اعلم.
TULISAN SEBELUM INI Isu 4 MP Bersatu Sabah berpotensi ke mahkamah
Â