Bukan Najib Hang Tuah, tetapi Rosmah yang ber’tuah’

Kenyataan Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan bahawa bekas Presiden Umno yang dipenjarakan, Datuk Seri Najib Razak umpama Hang Tuah yang dikenang selepas ketiadaannya tidak dipersetujui oleh orang ramai.

Rata-rata komen yang dibuat oleh mereka membantah kenyataan itu kerana bagi mereka Najib sudah melalui proses panjang dan sembilan hakim sudah memutuskan dia bersalah.

“Ini bukan Hang Tuah. Ini Rosmah yang bertuah. Dia dah dapat macam-macam,” kata salah seorang dari mereka merujuk kepada manafaat dan pelbagai jenis barangan termasuk permata pink,  beg tangan, jam tangan mahal dan lain-lain yang diperolehi Datin Seri Rosmah, isteri Najib.

Menyampaikan ucapan dasarnya Zahida Zarik Khan berkata kegagalan Umno menghargai Najib merupakan punca pengaruh parti berkenaan semakin merosot.

Zahida ketika memberikan ucapan dalam majlis perasmian Mesyuarat Agung Puteri Umno berkata, langkah menghargai pemimpin terbabit, katanya, cuma berlaku selepas Umno “kehilangan” tokoh berkenaan.

“Inilah yang berlaku kepada fenomena Bossku yang sangat difahami oleh lawan tetapi kurang dimanfaatkan oleh kawan, seperti cerita Hang Tuah.

“Apabila susah barulah ramai yang bercakap: alangkah baiknya kalau Hang Tuah masih hidup,” katanya.

Penyokong Umno sendiri juga tidak bersetuju dengan Zahida dan meminta Umno ‘move on‘ dan bukan lagi mengenang Najib yang kini berada di penjara.

AndyAnge Jr Ali berkata, “Cukup-cukupla mendewakan Najib, move on and sampai masanya kita angkat orang lain untuk Umno sekiranya mahu terus relevant.

“Ni Mahkamah jatuhkan dia hukuman, cakap tak adil pula hakim,” kata beliau.

Bagi beliau, Kalau Najib sudah didapati bersalah, ia tetap salah.

“Strategi dia dan dia punya lawyer untuk melambatkan kes tak berjaya sebenarnya. Bukan tak bagi masa untuk lawyer dia buat preparation..dia nak kes dia tertanguh sehingga PRU15 sebenarnya.

“Apapun, ada lagi pemimpin yang boleh gantikan dia. Move on Umno,” katanya lagi.

Seorang lagi netizen juga meminta Puteri Umno ‘move on’ dan jangan lagi tersangkut dengan Najib.

Netizen yang menggunakan nama DP DP DP menulis,”Move on puteri, barang yang lepas usah dikenang sudah menjadi hak orang lain. Elok elok nak pulih kang tenggelam lagi dalam. Lihat ke depan dan jalan terus.”

Herorara Salako juga mempertikaikan ucapan Zahida itu dengan berkata, “Kurang cerdik..atau tersangat cerdik Puteri Umno ne…”