
Bukit Aman panggil Hadi Awang sekali lagi berkait ucapan pilihan raya
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sekali lagi dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berhubung ucapannya dalam kempen pilihan raya di Simpang Jeram, Johor Sabtu lalu.
Setiausaha Politiknya, Syahir Sulaiman, berkata pihaknya dihubungi pegawai penyiasat daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pagi tadi selepas laporan polis dibuat terhadap ucapan Hadi dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) di Simpang Jeram.
Syahir berkata, Hadi sedia memberi kerjasama penuh kepada pihak polis.
“Pagi ini kami telah dihubungi pihak Bukit Aman untuk mendapatkan keterangan daripada Hadi Awang, berhubung suatu laporan polis terhadap ucapan beliau dalam kempen pilihan raya di Simpang Jeram, Johor
“Perkara ini telah pun dimaklumkan kepada Tan Sri Tuan Guru dan beliau menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Bukit Aman
“Malah sebelum ini Tan Sri Tuan Guru telah pun memberikan keterangan kepada Bukit Aman, termasuklah menyerahkan peranti (telefon bimbit) milik pengendali akaun Facebook rasmi beliau kepada pihak Bukit Aman dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan Presiden Pas itu dipanggil untuk memberi keterangan berkenaan isu yang mana
Namun dipercayai Hadi dipanggil polis susulan ucapan yang dibuat dalam ceramah Perdana PN Johor di Markas Pas kawasan Bakri, yang dilapor menyentuh bidang kuasa Lembaga Pengampunan dengan mendakwa cara negara ini memberikan pengampunan kepada seseorang pesalah tidak sesuai ajaran Islam.
Berikan kebebasan Hadi bercakap tentang Islam kerana apa yang dia cakap itu ada yang betul tapi dia sendiri tidak melakukan nya . Dia sebenarnya bercakap betul tapi dia tidak melakukan dengan betul . Dia boleh membaca ayat2 Al-Quran tapi dia tidak mengamalkan nya . Sebahagian nya dia langgar . Fitnah buruk sangka dengki sesama Islam semuanya halal bagi nya tapi haram kalau orang lain lakukan nya .