Buktikan dakwaan Menu Rahmah menyebabkan kanser, Dr Halimah

Lee Chean Chung (Petaling Jaya-PH) mahu Dr Halimah Ali (Kapar-PN) membuktikan dakwaan – dakwaan yang dibuat oleh Halimah ketika mengambil bahagian dalam debat titah diraja dibuktikan.

“Saya terkilan bahawa Dr Halimah Ali sebagai seorang doktor yang bertauliah boleh mengeluarkan kenyataan yang tidak sepadan dengan kelayakan/kepakarannya.

“Seluruh dunia ambil maklum bahawa makanan tidak mengakibatkan autisme, sebaliknya ianya ditentukan oleh DNA dan sewaktu lahir.

“Halimah harus membuktikan secara saintifik bagaimana makanan ada perhubungan dengan autisme, dan jika tidak, wajar memohon maaf kepada orang awam atas kenyataan yang mengelirukan rakyat supaya institusi parlimen yang suci ini tidak dijadikan bahan ketawa masyarakat.

“Saya juga menggesa supaya Dr Halimah Ali membuktikan mana Menu Rahmah dibekalkan dengan mutu yang rendah.”

Ahli parlimen pembangkang tersebut antara lain mendakwa bahawa makanan yang ditawarkan di dalam Menu Rahmah anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkualiti rendah dan boleh menyebabkan autisme dan penyakit auto-imun

Lee menambah bahawa bahawa ucapan Halimah menunjukkan Halimah bersangka buruk terhadap usaha kerajaan dan mencemarkan imej program tersebut.

Beliau turut menggesa Persatuan Perubatan Malaysia dan persatuan penjaja dari seluruh negara membuat penjelasan berkaitan perkara yang ditimbulkan ini.