Anwar gesa pembebasan Presiden Venezuela, kritik tindakan AS langgar undang-undang antarabangsa
Malaysia menyatakan kebimbangan terhadap perkembangan terkini di Venezuela susulan penculikan pemimpin negara itu dan isterinya dalam satu operasi ketenteraan Amerika Syarikat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan tersebut merupakan pelanggaran jelas terhadap undang-undang antarabangsa dan tergolong sebagai penggunaan kekerasan secara tidak sah terhadap sebuah negara berdaulat. “Presiden Maduro dan isterinya mesti dibebaskan tanpa…