Pegawai penyiasat didakwa minta rasuah RM3,000 sebagai balasan lepaskan kes dadah
Seorang pegawai penyiasat agensi penguat kuasa telah ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas didakwa meminta dan menerima rasuah daripada seorang individu. Ia sebagai balasan untuk melepaskan abang kepada individu tersebut daripada tindakan undang-undang melibatkan satu siasatan kes penyalahgunaan dadah. Mahkamah Majistret Shah Alam mengeluarkan perintah reman selama tiga hari hingga 22 November….