1MDB: Tujuh tahun turun naik mahkamah, hari ini penentuan nasib Najib
Nasib bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sama ada dibebaskan atau disabitkan kesalahan dalam pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), akan diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini. Selepas tujuh tahun perbicaraan, keputusan dijangka akan dibaca pada jam 9 pagi ini. Ini merupakan kes jenayah terakhir dihadapi Najib….