Pesan untuk Ku Li, kalau gigi taring sudah tiada jangan sengih tunjuk gusi
OLEH MOHD SAYUTI OMAR Saya tulis watikah ini buat Tengku Razalegih Hamzah yang meminta Anwar Ibrahim bertanggungjawab terhadap penyembunyian titah addendum yang baginya penyembunyian itu disebabkan Najib Razak masih di dalam penjara. Tindakan Anwar itu juga disifatkan Tengku Razaleigh sebagai penderhakaan kepada Yang di-Pertuan Agong kerana Anwar sebagai PM terikat dengan taat setia kepada raja….