Isteri bekas Panglima Tentera Darat didakwa terima wang aktiviti haram
Isteri ketiga bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pagi ini. Wanita berusia 27 tahun itu didakwa atas satu pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5,000. Salwani Anuar @ Kamarudin membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohd Azhar Otman selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya,…