Mahiaddin yang usahakan, tapi Wan Saiful yang dituduh
Anggota Bersatu yang dipecat Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) mendedahkan bahawa beliau berhadapan tuduhan merealisasikan cadangan penubuhan Majlis Eksekutif Perikatan Nasional yang sebenarnya merupakan usul presiden parti Tan Sri Mahiaddin Yassin. “Antara tuduhan kepada saya (lihat gambar) ialah mengusahakan penubuhan Majlis Eksekutif PN dan “menyerang” pimpinan parti secara terbuka. “Penubuhan Majlis Eksekutif adalah…