Dedahkan pelaku pencemaran Sungai Johor, AMANAH tuntut tindakan tegas
Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor menzahirkan kebimbangan mendalam berhubung insiden pencemaran Sungai Johor yang telah menjejaskan bekalan air hampir sejuta penduduk di Johor Bahru, Kulai, Skudai dan Kota Tinggi sejak hampir seminggu lalu. Pengerusi Biro Alam Sekitarnya, Anis Afida Mohd Azli berkata, kejadian tersebut membuktikan kelemahan pengawasan serta penguatkuasaan terhadap aktiviti perlombongan pasir di…