Kami mahu reformasi institusi bukan ketidakstabilan politik, kata NGO
Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) menegaskan bahawa pihak mereka komited terhadap reformasi institusi dan menolak usaha menjatuhkan kerajaan yang akan menyumbang kepada ketidakstabilan politik. Pertubuhan-pertubuhan tersebut terdiri daripada Bersih, C4 Center, IDEAS, Projek Sama, Pusat Komas dan Transparency International Malaysia “Reformasi institusi yang menyeluruh dan kukuh ini hanya dapat terlaksana dengan sokongan dan dukungan semua…