Cerita beras sebenarnya begini…

Cerita beras sebenarnya begini…

Oleh AHMAD MURSI

Orang kita beli beras, tengok jenama saja tak check pun tu beras import ke, tempatan ke.

Tiba-tiba brand yang selalu beli tu naik harga sebab mereka beli beras import. Itu yang keliru. Contohnya, dulu harga RM30, sekarang dah RM40.

Harga beras import ni kerajaan tak kawal, ikut harga pasaran. Yang kerajaan kawal hanya harga beras tempatan iaitu RM2.60 sekilogram.

Ada persepsi beras tempatan ni cepat basilah apa. Yang itu saya tak pasti.

Saya beli beras pun, tak tahu pun import ke apa. Beli saja asalkan beras. Sebab bukan hari-hari beli beras. Bukan hari-hari masak di rumah.

Itu pun orang rumah guide. Sampai kedai apa yang ada saya sauk saja. Perempuan tau la detail detail ni. Orang lelaki tak store sangat dalam memori.

Sekarang barulah tahu kod warna pada kampit tu. ungu (tempatan), biru (import), merah (wangi) dan oren (istimewa).

Bila harga beras import naik mendadak, orang kita beralih ke beras tempatan. Itu yang ada tempat stok habis cepat sebab kejutan.

Satu dunia kalut

Keterjaminan makanan ni dah jadi isu dunia sebab perubahan cuaca ni ganggu negara pengeluar beras, ganggu rantaian bekalan makanan.

Banyak negara gelabah. Stok dalam negara sendiri kena diutamakan. Itu yang India sekat eksport beras mulai Julai lepas.

Harga beras putih dunia ini pun mencanak naik ikut harga dunia.

Anda bayangkanlah dalam tempoh setahun ni saja harga import Thailand naik 400 USD ke 650 USD, 22 hingga 23 Ogos itu dah 62%.

BERNAS yang tukang import ni mana boleh nak tahan. Kalau harga lama kekal, sebulan rugi RM80 juta. Sudah enam tahun bertahan harga lama.

BERNAS kena terus survive sebab mereka satu-satunya entiti yang jaga stok penimbal beras negara supaya sentiasa cukup.

Usaha kerajaan

Sekarang usaha kerajaan, minta pengilang beras tempatan bagi 20 peratus padi mereka pada BERNAS. Sebelum ini mereka jual terus.

Bila jurang harga besar (26 dan 40) itu yang ada buat silap mata. Masa ni kerajaan buat penguatkuasaanlah.

Jangan ada yang tukar kampit beras tempatan jadi import.

Jangan ada yang sorok beras tempatan sebab jangka kerajaan akan naikkan harga rapatkan jurang harga tu.

Jangan ada yang seludup keluar beras tempatan sebab kita paling murah RM2.60 berbanding negara jiran.

Sekilogram beras di Thailand RM3.40, Filipina RM3.70, Vietnam RM3.50, Indonesia RM3.90, Laos RM5.50, Kemboja RM4.50, Brunei RM6.00 dan Singapura RM4.50.

Harap Kerajaan Perpaduan kuat untuk pastikan stok beras kita ini tidak terganggu. Faktor dunia ini di luar kawalan.

Masa ini jugalah teringatkan Allahyarham Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

BACA JUGA Bekalan beras putih tempatan pulih dalam tempoh sebulan

COMMENTS

Wordpress (8)
  • comment-avatar
    Radzi Ramli 2 weeks

    Aku tak pertikaikan beras import naik…Masalahnya beras SST pun tak ada dalam pasaran. Yang ada semuanya beras import

    • comment-avatar
      BADARIAH BINTI MOHAMED 2 weeks

      Tu yg depa bgtau pembeli beras import beralih beli beras tempatan plak…tu yg beras tempatan cpt abis. Berdoalah agar keadaan kembali pulih. Mainan org politik n tokey2 besar

      • comment-avatar
        Jijan 7 days

        Bukan mainan da… India ekspot utama beras STOP EKSPORT. Di ikuti Thailand & Vietnam MENAIKAN HARGA BERAS EKSPOT ke negara pgimport. Situasi ni realiti trmasuk hasil tanaman padi tempatan menurun teruk sekali. Kesannya Pngilang menaikan harga belian padi dr RM1250 ke RM1650-1700 per tan. Krajaan Prpaduan naikan subsidi de RM360 ke RM500 per tan. So, masih mau beras harga lama kah?

    • comment-avatar
      Zalina 2 weeks

      Itu laa keadaannya kemana pergi nya beras tempatan….beras naik harga makanan pn sama naik dlu nasi lemak campur telur rm 3.50 shj skrg dh jd rm5

  • comment-avatar
    Penyokong PN 2 weeks

    Buka mulut muhung, buka mulut muhung, tuu laa Reja PHANCING

    • comment-avatar
      Habshe Abd Majid 2 weeks

      Mulut X buka, parlimen pun X buka diam2 mcm baik, dlm diam X buka mulut dia sakau 600b.dlm diam dia sebat projek berbillion2 bg anak menantu,masih diam X buka mulut dia sebat janawibawa berjuta jg lah.buka mulut muhong,apa yg dia muhong?.masih X buka mulut dia sorok minyak masak peket b40 60tan. Hellooo barua pecacai pnjilat PN, hampa xdak qasa malu kaa sokong penyamun pnkhianat penyakau pemfitnah.hamoa yg duk sokong geng2 penyamun tu elok tukaq agama laa.malu kat iblis.

    • comment-avatar
      Jijan 7 days

      Fitnah dah jadi sarapan sampai makan malam
      Pemfitnah Nasional

  • comment-avatar

    Tuan guru ckp chukop jumloh…xabes kira nk bentuk kerajaan..pakai serban..muhongg….pastu fitnohh…