Chan Foong Hin, Phoong Jin Zhe bersalah kerana langgar dasar DAP

Chan Foong Hin, Phoong Jin Zhe bersalah kerana langgar dasar DAP

DAP telah mendapati Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin dan Menteri Pembangunan Industri dan Keusahawanan Sabah, Phoong Jin Zhe bersalah kerana melanggar dasar parti dengan menerima anugerah darjah kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu.

Mereka berdua memperoleh anugerah darjah kebesaran tersebut pada 7 Oktober.

“Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) telah mendapati tindakan kedua-dua wakil rakyat bertentangan dengan dasar parti yang melarang penerimaan darjah kebesaran ketika mereka masih berkhidmat sebagai wakil rakyat,” kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dalam satu kenyataan media.

Oleh yang demikian CEC memberikan teguran tegas kepada Saudara Chan dan Phoing yang melanggar dasar parti.

“CEC turut mengulangi pendirian bahawa semua wakil rakyat parti perlu fokus dalam memberi khidmat kepada rakyat dan hanya menimbang untuk menerima darjah kebesaran selepas bersara dari menjadi wakil rakyat,” tambah Loke.

Pada masa sama DAP turut melahirkan rasa penghargaan kepada Raja-Raja Melayu dan Yang DiPertua Negeri di atas penganugerahan tersebut dan akan terus memberi penghormatan kepada institusi diraja menerusi khidmat kepada negara dan rakyat Malaysia.

 

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )