Dakwa 200 sekolah agama di Selangor diarah tutup, aktivis PH lapor polis

Dakwa 200 sekolah agama di Selangor diarah tutup, aktivis PH lapor polis

Aktivis media sosial pusat media Pakatan Harapan (PH) hari ini membuat laporan polis susulan tular video mendakwa Majlis Agama Islam Selangor menutup 200 buah sekolah agama di negeri itu.

Menerusi video yang tular, seorang NGO mendakwa MAIS memberi surat amaran kepada 200 buah sekolah agama dan menghalau mereka keluar dari premis perniagaan.

Menurutnya, dakwaan dibuat Pengerusi Sekretariat NGO Islam Selangor, Datuk Nazilah Idris, jelas merupakan satu fitnah yang mencemar imej Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Dakwaan ini jelas fitnah apabila ia langsung tidak dibukti dengan apa-apa arahan sama ada dari pihak JAIS dan MAIS.

“Dakwaan ini secara tidak langsung mencemar imej Sultan Selangor sebagai Ketua Urusan Agama yang mana tiada satu pun titah daripada Tuanku untuk menutup mana-mana sekolah agama di Selangor.

“Laporan ini dibuat agar satu siasatan segera dapat dilakukan mengikut Akta Fitnah 1957, Akta Hasutan 1948, dan Akta Komunikasi & Multimedia 1998,” menurut laporan itu.

Terdahulu Nazilah Idris mendakwa lebih 200 sekolah agama rakyat dinafikan hak apabila mereka diberikan surat amaran untuk keluar daripada premis perniagaan.

Beliau turut mengaitkan kejadian itu berlaku disebabkan kerajaan membenarkan menteri DAP mengetuai Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Ini sangat membahayakan agama dan bangsa Islam jika kita tidak bertindak sekarang,” katanya sambil mendakwa 40,000 pelajar Islam di Selangor dinafikan haknya apabila sekolah mereka ini perlu ditutup dan dipindah.

Pada Jun lalu, kerajaan negeri menafikan tohmahan kononnya proses pemutihan sekolah agama persendirian dan tahfiz dilaksanakan di Selangor ketika ini sebagai langkah menutup institusi berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, berkata tuduhan tidak berasas itu sebaliknya cubaan untuk memburukkan usaha murni kerajaan negeri dalam mengangkat kualiti dan taraf sekolah agama persendirian di negeri ini.

BACA JUGA ‘Parang sembelihan’ untuk ‘si kafir’ kembali tular, pelik masih jadi Imam Masjid Putra

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar
    Nan Adnan 1 month

    Begitu lah bila pemfitnah membuat fitnah dgn tidak merujuk kepada fakta malah malas untuk mencari fakta tetapi mendapat berita palsu yg disebar dgn niat untuk fitnah.

  • comment-avatar
    Nan Adnan 1 month

    Begitu lah bila pemfitnah membuat fitnah dgn tidak merujuk kepada fakta malah malas untuk mencari fakta tetapi mendapat berita palsu yg disebar dgn niat untuk fitnah sesuai dgn sifat sebagai penunggang agama.