Demi perkukuh Kerajaan Perpaduan, UMNO adakan Konvesyen Bahagian-bahagian

Demi perkukuh Kerajaan Perpaduan, UMNO adakan Konvesyen Bahagian-bahagian

Konvensyen UMNO Bahagian-bahagian akan diadakan bertujuan menumpukan aspek pengukuhan organisasi parti dan kefahaman ahli-ahli peringkat akar umbi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, konvensyen melibatkan kesemua Bahagian itu akan mengetengahkan ketetapan-ketetapan dasar parti yang menyentuh soal prinsip dan halatuju perjuangan parti dalam Kerajaan Perpaduan Malaysia.

Menurutnya, mesyuarat MKT turut membuat ketetapan agar parti itu terus memperkukuh dan memperkasakan hubungan kerjasama dengan parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) di semua peringkat.

“Memperkukuhkan dan memperkasakan lagi hubungan kerjasama UMNO dengan rakan-rakan parti komponen dalam Pakatan Harapan di semua peringkat termasuk negeri-negeri dan bahagian-bahagian seluruh Malaysia.

“Bagi memastikan kestabilan politik negara dan kemakmuran rakyat melalui Kerajaan Perpaduan Malaysia sebagaimana ketetapan Majlis Kerja Tertinggi pada 23 November 2022 dan diabsahkan di Perhimpunan Agung UMNO 2023 pada 10 Jun 2023 lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat MKT UMNO di Menara Dato’ Onn di ibu negara, malam tadi.

Dalam masa sama, Asyraf berkata, mesyuarat MKT juga telah membuat ketetapan untuk mengambil langkah-langkah penambahbaikan dan pemerkasaan parti berpandukan dapatan bedah siasat keputusan enam Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan lalu.

Selain itu, jelasnya UMNO turut menyambut baik cadangan Perdana Menteri untuk mewujudkan kembali Konvensyen Ekonomi Bumiputera.

Tambahnya lagi, parti itu menawarkan untuk mengurus selia penganjurannya sebagaimana yang pernah UMNO laksanakan pada tahun 1965 sehingga tertubuhnya Majlis Amanah Rakyat (MARA) setahun kemudian.

BACA JUGA Tidak timbul isu perlu bergerak solo, UMNO tetap bersama Kerajaan Perpaduan

COMMENTS

Wordpress (0)