Dewan Rakyat kecoh, PN guna peraturan mesyuarat pertahan Sanusi
Sepertimana jangkaan, beberapa ahli Dewan Rakyat Perikatan Nasional membangkitkan Peraturan Dewan Rakyat untuk menghentikan soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) berkenaan dengan dakwaan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mahu meminda Perlembagaan Persekutuan untuk mengambil alih Pulau Pinang.
Ini seterusnya menyebabkan Dewan Rakyat kecoh.
Sebelum soalan tersebut dapat ditanya, Ronald Kiandee (PN-Beluran) membangkitkan Peraturan Mesyuarat 23 (1)(c) kerana soalan Lim dikatakan menimbulkan fikiran dan sangkaan buruk.
“Saya telah perhatikan soalan ini dan meneliti, dan buat keputusan bahawa soalan ini tak bercanggah dengan apa dikatakan oleh Beluran,” balas Yang DiPertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul
Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) pula membangkitkan peraturan 23 (1)(b) kerana soalan Lim dikatakan mempunyai gesaan manakala Datuk Awang Solahuddin Hashim (PN-Pendang) turut membangkitkan 36(6) yang merujuk kepada perkara sama.
Keadaan menjadi kecoh apabila Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) mendakwa bahawa Awang ketinggalan dan “tak tengok TikTok” kerana apa yang ditanya Guan Eng adalah sama seperti yang dikatakan oleh Sanusi.
Sany: Eh dia sebutlah Pendang. Pendang tak tengok TikTok ni. Tak ada TikTok ke Pendang. Eh dia sebutlah benda tu, dia kata Pulau Pinang tu milik Kedah. Pergi suruh Sanusi cakap Sabah Sarawak pun milik Kedah.
Solahuddin: Dia ni bercakap ikut dan dia je. Sebab itu selalu mengelirukan Dewan.
Shahidan Kasim (PN-Arau) turut bangkit dan mengeruhkan lagi keadaan.
Untuk meredakan keadaan, Johari memutuskan ahli parlimen menghantar usul bertulis sekiranya mereka tidak bersetuju dengan keputusannya.
BACA JUGA: Tuntutan Sanusi: PDRM, Peguam Negara akan ambil tindakan seterusnya
Â