Di mana aset berkaitan 1MDB yang telah disita?

Di mana aset berkaitan 1MDB yang telah disita?

Aset berkaitan penyelewengan 1MDB yang telah dilucuthak kepada kerajaan terdiri daripada wang bernilai RM83.02 juta dan 40 buah beg tangan pelbagai jenama yang bernilai beratus ribu ringgit.

Dari jumlah tersebut, RM66.96 juta telah disita oleh Polis Diraja Malaysia manakala RM16.06 juta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Wang berjumlah lebih kurang RM66.96 juta yang disita oleh PDRM tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun amanah khas Kementerian Kewangan manakala wang berjumlah lebih kurang RM16.06 juta yang disita oleh SPRM dimasukkan ke dalam akaun hasil kerajaan,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Sebanyak 40 buah beg tangan yang telah dilucuthak masih dalam proses untuk dilelong.”

Proses pelucuthakan harta untuk dana dan barang-barang tersebut dibuat oleh Jabatan Peguam Negara.

Azalina berkata demikian di dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang bertanya mengenai jumlah aset yang berjaya dilucuthak dan proses seterusnya.

 

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )