DNAA: Dewan Rakyat kecoh, Radzi Jidin dihalau

DNAA: Dewan Rakyat kecoh, Radzi Jidin dihalau

Sesi Dewan Rakyat hari ini kecoh ketika Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan isu lepas tanpa bebas (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Ia disebabkan oleh Radzi Jidin (PN-Putrajaya) yang menganggap bahawa perdana menteri menuduh beliau.

Ini seterusnya menyebabkan blok Perikatan Nasional bertindak keluar dewan.

Beliau menjelaskan bahawa keputusan DNAA adalah keputusan Peguam Negara terdahulu Tan Sri Idrus Harun berdasarkan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 145(3) memberi hak budi bicara kepada Peguam Negara.

“Yang diputuskan adalah berdasarkan Perkara 145(3) tetapi ia (digambarkan) seolah-olah Perdana Menteri campurtangan. Kita hukum hanya dengan andaian.
“Bila AG buat keputusan, saya tanya bukan bincang.”

Mendengarkan jawapan tersebut Radzi tergelak.

“You boleh gelak tapi you buat kerja itu,” tambah Anwar.

Ini menyebabkan Radzi marah dan menggunakan Peraturan Mesyuarat 36(6) atas alasan sangkaan jahat agar Anwar menarik balik kenyataan beliau.

Walau bagaimanapun Anwar tidak berbuat sedemikian.

Radzi terus mengasak Anwar ketika beliau cuba meneruskan penerangannya.

Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) turut sama menyertai keadaan hingar bingar tersebut, menggesa Radzi duduk.

Anwar menjelaskan bahawa beliau dituduh campurtangan dalam bidang kuasa Peguam Negara.

Bagaimanapun, Radzi terus kecoh sehingga Johari mengarahkan Radzi keluar dewan.

Dalam pada itu, Johari turut mengakui beliau sendiri mahukan penjelasan lanjut daripada Anwar.

“Sebelum habis penjelasan dia menjerit. Kamu tahu pentadbiran lalu macam mana.”

Anwar turut menyenaraikan beberapa kes terdahulu dimana tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan. Ini termasuk kes Siti Aisyah yang dituduh membunuh Kim Jong Nam dalam tahun 2017.

Anwar turut menegaskan bahawa Jabatan Peguam Negara telah memberikan 11 alasan yang membawa kepada keputusan lepas tanpa bebas Ahmad Zahid.

Dalam usaha mententeramkan keadaan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul meminta Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin mencelah.

Johari sekali lagi mengarahkan Radzi keluar dewan. Dengan itu keseluruhan blok Perikatan Nasional keluar dewan.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Perikatan Nasional keluar dewan

Hanya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) yang kekal dalam dewan.

Anwar menjelaskan terdapat juga kes siasatan ke atas Radzi.

Sementara itu, Anwar turut menjawab soalan Syed Saddiq.

“Masalah Muar ini, dia tak dengar. Keputusannya (di tangan) AG. Mengapa buat tuduhan melulu? Peguam negara pilihan sebelah sana lantikan (mantan perdana menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin (PN)-Pagoh.
SPRM kata siasatan diteruskan.

“Kalau arah TPM1 (didakwa) saya jadi hero. Ini budi bicara Peguam Negara. Jangan tuduh orang.”

Berhubung isu pengasingan kuasa Peguam Negara, Anwar berkata perkara itu telah dipersetujui oleh kabinet.

Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Azalina Othman Said telah pun memberikan kertas kerja tersebut kepada jawatankuasa khas parlimen.

“Putrajaya tahu sebab dia bersekongkol. Saya percaya mereka akan keluar tapi alhamdulilah parlimen aman damai,” tambah Anwar di penghujung ucapan penggulungannya.

 

COMMENTS

Wordpress (0)