
‘Dulu kita kekalkan AG lantikan kerajaan lama, mengapa Putrajaya tak bising’
Lim Guan Eng (PH-Bagan) menempelak seorang Ahli Parlimen pembangkang susulan cubaan membangkitkan isu pelantikan Peguam Negara (AG) baru yang dikatakannya sebagai sudah dirancang.
Lim berkata, Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) tidak seharusnya ‘bising’ apabila peguam negara baharu dilantik, kerana hakikatnya Kerajaan Perpaduan sebelum ini turut mengekalkan peguam negara yang dilantik kerajaan lepas
“Saya pun tak faham mengapa YB Putrajaya bising. Apabila Peguam Negara dilantik oleh kerajaan lepas dikekalkan juga Kerajaan Perpaduan.
“Janganlah ada double standard. Bila kita kekalkan lantikan dibuat kerajaan lama, mengapa tak bising. Hanya bising bila tak berpihak kepada anda.
“Saya rasa Janganlah berpolitik disini. Tak guna. Kerana ini tak membawa kebaikan kepada negara,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Sebelum itu ketika Lim berucap membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 berkata, beliau mahu Peguam Negara yang baru dilantik memberikan penjelasan lanjut tentang beberapa keputusan yang dibuat berkenaan isu melepas tanpa membebaskan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana masih ada banyak pihak yang kurang berpuas hati terhadap isu tersebut.
Katanya, penjelasan yang lebih menyeluruh dn lebih telus akan dapat meyakinkan rakyat tentang apa yang diputuskan oleh pihak peguam negara.
BACA JUGA Anwar sertai dua sesi khas Sidang Kemuncak Asia ke-10