Ekonomi negara semakin pulih, tak perlu keluarkan wang KWSP

Pengeluaran wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak perlu dibuat sekali lagi memandangkan ekonomi negara menunjukkan petanda ke arah pemulihan, kata Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat kepada Tan Sri Mahiaddin Yassin (Pagoh-PN).

Beliau berkata bahawa pemulihan tersebut boleh dilihat dalam peningkatan ahli KWSP yang mencarum secara aktif di dalam bulan Disember 2022 berbanding dengan Disember 2021.

Jumlah pencarum baru turut meningkat sebanyak sembilan peratus dari 7.69 juta pencarum kepada 8.39 juta pencarum. Majikan yang aktif mencarum meningkat sebanyak tujuh peratus dari 550,825 kepada 588,714.

Pendaftaran pencarum baru meningkat dari 421,643 kepada 635,989 manakala jumlah majikan pula meningkat dari 72,518 kepada 93,669.

Anwar yang juga adalah Perdana Menteri berkata bahawa kerajaan sedang mencari kaedah penyelesaian baru menerusi Belanjawan 2023 untuk membantu rakyat mendepani beban rakyat tanpa pengeluaran wang KWSP.

Pengeluaran wang KWSP adalah kaedah yang digunakan oleh Tan Sri Mahiaddin ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Sebanyak empat pengeluaran telah dibenarkan iaitu I-Lestari, I-Sinar dan I-Citra.

Pengeluaran khas pula dibuat ketika pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

BACA JUGA: 8.1 juta ahli KWSP keluarkan 145 bilion