Elok YB tiba buat ‘spotcheck’, 200 kampit beras 10 kg sampai dari pengilang

Elok YB tiba buat ‘spotcheck’, 200 kampit beras 10 kg sampai dari pengilang

Tindakan tegas seorang wakil rakyat di Melaka turun padang melakukan pemeriksaan mengejut menyaksikan ‘sekelip mata’ sahaja bekalan beras putih tempatan muncul di pasaran.

ADUN Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem memberitahu, hal itu berlaku sejurus beliau tiba di Family Store Duyong.

Menurutnya, pasaraya itu antara empat premis perniagaan utama dalam kawasan diwakilinya yang diperiksa secara mengejut bersama wakil Kawalselia Padi Dan Beras Negeri Melaka.

“Elok-elok Mat sampai sana, 200 beg beras 10 kg pun sampai dari pengilang. Katanya, ini dari tambahan yang telah diusahakan seperti yang dilaporkan oleh YB Dr Akmal Saleh,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Tindakan Adun Duyong turun padang meninjau bekalan beras tempatan mendapat pujian orang ramai.

Selain beras, Noor Helmy yang juga Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital turut meninjau sejauhmana keadaan sebenar bekalan gula kawalan dan minyak subsidi di DUN Duyong.

Berkenaan minyak subsidi dan gula kawalan, wakil rakyat BN itu berkata, beliau menunggu laporan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka berkaitan input dan output daripada pemborong kepada pengilang seterusnya kepada pengguna.

Noor Helmy, 42, dikenali sebagai ADUN yang kerap berkongsikan lawatan turun padangnya di media sosial termasuk menyantuni rakyat susah dan memerlukan.

Populariti bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kota Melaka berkenaan di media sosial terbukti apabila mempunyai lebih setengah juta pengikut.

Menggunakan slogan, “ADUN hanya mandat, pekerja kepada rakyat‘, beliau turut mendapat 7.5 juta ‘likes’ dalam akaun TikTok miliknya.

Sementara itu, di Facebook rasminya, Noor Helmy yang juga pemegang ijazah Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) memiliki seramai 44,000 pengikut.

BACA JUGA Menjawab isu dakwaan beras naik harga: Ini penjelasan pegawai menteri

COMMENTS

Wordpress (0)