Fahmi jumpa Air Selangor selesai isu tunggakan bil hampir RM200,000

Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil berkata pihaknya akan bertemu dengan syarikat Air Selangor, pengurusan pangsapuri Putra Ria, Bangsar serta persatuan penduduk hari ini bagi mencari penyelesaian terbaik berhubung masalah tunggakan bil air.

Beliau berkata petang semalam pihaknya menerima maklumat daripada  Air Selangor telah mengunci air pangsapuri Putra Ria.

“Ini berpunca dari hutang lebih kurang RM170,000 bil Air Selangor yang tidak dilunaskan sehingga kini.

“Berdasarkan rekod pengurusan, difahamkan 358 unit (54.2 peratus) berhutang maintenance sebanyak RM2.47 juta (purata RM6,899),” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Air Selangor membuka semula bekalan air ke pangsapuri Putra Ria, Kuala Lumpur malam tadi.
Air Selangor membuka semula bekalan air ke pangsapuri Putra Ria, Kuala Lumpur malam tadi.

Fahmi berkata isunya terlalu ramai yang tidak membayar bil selenggara bulanan, walaupun peringatan telah dibuat oleh pengurusan.

Bil bulanan antara RM49 ke RM53 seunit.

Buat sementara waktu katanya pihak Air Selangor telah bersetuju untuk membuka semula air malam tadi.

“Insya-Allah Allah saya akan bertemu pihak Air Selangor, pengurusan Putra Ria serta persatuan penduduk bagi mencari penyelesaian terbaik,” katanya.

BACA JUGA: Pahang-Selangor rintis kerjasama pengurusan kualiti air mentah, perhutanan