Fitnah RM10 juta: SPRM sahkan pegawai Wan Saiful ditahan

Seorang pegawai kepada bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan pada jam 3.30 petang Rabu.

Perkata itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menerusi sidang akhbar di sini pada Khamis.

Baru-baru ini tersebar klip video dari pegawai Wan Saiful itu kononnya SPRM menawarkan hadiah RM10 juta jika Wan Saiful sedia menjadi saksi untuk membolehkan presidennya, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin didakwa.

Bagaimana, dalam klip video selepas itu, pegawai penyelidik untuk Wan Saiful itu mendakwa, dia tidak bermaksud begitu.

Beliau kononnya hanya mahu bertanya soalan ekoran berita angin yang tersebar.

 

BACA JUGA Wan Saiful memalukan orang Tasek Gelugor

JUGA Wan Saiful didakwa terima rasuah RM6.9 juta Jana Wibawa