Fitnah Sukan Sukma: Laporan polis terhadap Ketua Pemuda Pas Kelantan dibuat

Fitnah Sukan Sukma: Laporan polis terhadap Ketua Pemuda Pas Kelantan dibuat

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh telah menegaskan bahawa pihaknya telah membuat laporan polis terhadap Ketua Pemuda Pas Kelantan, Mohd Kamal Mohamad ekoran dari tohmahan fitnah yang dibuat Kamal.

“Laporan polis baru sahaja dibuat oleh pejabat saya,” kata Hannah dalam satu hantaran Facebook.

Kamal memfitnah bahawa KBS menafikan giliran Kelantan untuk menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA).

“Sementelah pula Menteri DAP ini yang sememangnya terkenal dengan guna kuasa dalam senyap. Makan dalam. Anak muda Kelantan akan catitkan penafian giliran SUKMA ini dalam sejarah politik atas terma kuasa dan penafian hak terhadap Kelantan”

Yeoh yang menafikan fitnah itu menjelaskan bahawa Exco Kelantan bersama beliau di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) semalam.

Persetujuan telah dicapai agar Sarawak menjadi tuan rumah SUKMA pada 2024 diikuti oleh Majlis Sukan Negara Malaysia pada 2026.

Kelantan pula dijadualkan menjadi tuan rumah SUKMA 2028.

Negeri Cik Siti Wan Kembang bersetuju untuk menjadi tuan rumah lebih lewat supaya negeri tersebut mempunyai tempoh persiapan lebih panjang demi pembangunan infrastruktur sukan.

BACA JUGA: Hannah Yeoh kecam keras bekas pemain badminton buat ucapan rasis

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )