
Hadapilah nikmat video parodi – Surat terbuka kepada pempengaruh PN
Oleh AHMAD M. AFANDI
Tuan DD Chronicle ini sedang mempertahankan haknya sebagai Rakyat Malaysia.
Dia mengakui ibu bapanya merupakan pemegang kad pengenalan merah. Rumusan, merupakan penduduk tetap Malaysia.
Saya juga ada rakan yang pegang kad pengenalan merah. Siap kahwin tiga lagi di Malaysia.
Tuan DD harus memahami satu perkara apabila memilih untuk menjadi pempengaruh Perikatan Nasional (PN).
Dalam gabungan parti itu ada ekstremis Cina dari Gerakan, ekstremis agama dari Pas dan ekstremis bangsa dari Bersatu.
Apabila Tuan DD membikin video lagu parodi memperleceh gabungan perpaduan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), banyak golongan yang menjadi penyokong PH ini merupakan orang yang melawan ekstremis perkauman, melawan rasuah dan melawan ulama jahat.
Buatlah kajian terhadap penyokong PH, tuan DD akan mendapati:
1. 20% golongan B40
2. 80% golongan M40
3. 80% golongan T20
Sebab itu, Tuan DD boleh lihat, dalam PRN lepas, kawasan DUN yang dimenangi PN adalah terdiri daripada kawasan yang banyak penduduk B40.
Dan golongan miskin ini, memang Nabi Muhammad SAW amat takut kerana mereka amat mudah dipengaruhi.
Abu Na’im melaporkan bahawa Nabi Muhammad SAW berkata:
“Kemiskinan itu dekat kepada kekufuran.”
Banyak ulama membahaskan yang hadis ini lemah riwayatnya, namun, kalau dilihat dalam kehidupan semasa, banyak punca jenayah dan lemah daya fikir berlaku kerana miskin.
Faktor itu jualah, dalam kajian psikologi pemikiran wujud rich thinking & poor thinking (pemikiran kaya dan pemikiran miskin)
“Ketakutan kepada DAP” adalah salah satu pemikiran miskin walaupun sungguh selesa sekali bekerja dalam negeri bawah pentadbiran DAP.
Jadi, Tuan DD, golongan M40 dan T20 ini memang sedang marah kepada tuan.
Bagi mereka, tuan sedang memperbodoh golongan B40 dengan video-video parodi tuan.
Sayang mereka kepada Melayu ini tidak sama maksudnya dengan sayang PN kepada Melayu, takut Melayu ditindas DAP.
Sayang golongan M40 dan T20 kepada Melayu ini adalah, mereka ingin lihat Melayu sekali lagi menjadi bangsa bermaruah dengan menolak rasuah, salah guna kuasa dan menjadi bangsa yang boleh membela bangsa lain dalam Malaysia.
Tuan DD dan video parodinya ini dilihat menghina Melayu dengan membawa naratif “Melayu sokong rasuah adalah normal dan best“.
Jadi, apabila netizen digital selepas PRN mula mengorek maklumat Tuan DD, ketahuilah, mereka sedang marah.
Marah mereka ini sampai wujud slogan “Boikot Walaun First”, tak ada seorang pun pemimpin tertinggi PH yang memulakan kempen ini.
Inilah kempen yang dimulakan oleh golongan ini yang benar-benar marah dengan budaya pembodohan yang dibawa oleh influencer seperti Tuan DD dan disambung pula oleh penyokong PN.
Tuan DD ke balai polis bersama Puan Aishah tidak akan memberikan apa-apa kesan ketakutan. Tengoklah di ruang komen Malaysiakini BM terhadap berita Tuan DD ke balai.
Ada yang takut-takut nak tulis sebab Tuan DD repot polis?
Tiada, malah semakin galak pula.
Maka, Tuan DD hadapilah nikmat kesan sampingan ini hasil dari video parodi tuan.
Jika berharap pada hujan, ianya datang sekali dengan lumpur.
BACA JUGA Selepas pempengaruh kutuk ‘kaw kaw’ PH, pemilik kedai tampil mengaku non partisan
Hati besar tak sama dengan besar hati . Orang hati besar ini cendrong kepada menyokong ekstrimis tak kira lah ekstrimis apa ugama bangsa atau harta . Sebab mereka ini ada sifat takbur . Ajib dan riak . Walau pun pakai jubah dan serban sifat buruk ini masih boleh dilihat oleh orang yang tidak buta .