Harga petrol, diesel tidak naik

Harga petrol, diesel tidak naik

Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel akan kekal tidak berubah bagi tempoh 24 hingga 30 Ogos ini.

Berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), RON97 akan kekal RM3.37 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter).

“Untuk melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak di pasaran global, kerajaan akan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 dan diesel RM2.15, walaupun harga pasaran kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling ditetapkan,” menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF).

Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara.

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )