Hargai keamanan, perpaduan asas kekuatan rakyat negara ini

Hargai keamanan, perpaduan asas kekuatan rakyat negara ini

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan perpaduan adalah kekuatan asas rakyat di negara ini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, walaupun berbeza budaya, agama dan bangsa, namun masyarakat tetap teguh bersama.

“Kita rakyat Malaysia. Inilah ikatan yang menyatukan kita. Hayati erti kemerdekaan dan zahirkan rasa syukur.

“Hargai keamanan serta kebebasan yang dikecapi selama 66 tahun ini. Semarakkan semangat patriotik seiring tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini yang menjadi kunci kepada penyatuan kita,” seru Ahmad Zahid menerusi satu perkongsian di Facebook beliau malam ini.

Petang tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan beliau bahawa jika semangat jiwa merdeka ada dalam kalangan rakyat, Malaysia akan muncul sebagai negara hebat dan gagah di Asia Tenggara.

“Syaratnya adalah semangat yang telah diperkukuh oleh golongan bapa-bapa kita (pemimpin terdahulu).

“Persatuan, perpaduan menerima kenyataan bahawa kita merdeka dengan suku kaum induk Melayu dan Bumiputera dengan penyertaan rakan-rakan lain seperti Cina, India dan Orang Asli.

“Termasuklah Melanau, Dayak, Dusun, Kadazan, Bajau dan Suluk.. semuanya masuk dalam satu keluarga dan kita mesti mempertahankan semangat bahawa negara ini adalah milik semua rakyat Malaysia.

“Segala kuasa yang ada di peringkat kecil di kampung atau di pejabat daerah sehinggalah di Jabatan Perdana Menteri (JPM), mesti melahirkan manusia yang berjiwa merdeka,” katanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan memberi ucaptama tersebut dalam Majlis Amanat Perdana sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023.

BACA JUGA Semangat jiwa merdeka jadikan Malaysia negara hebat

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] Prime Minister, Datuk Seri Anwar Ibrahim expresses his belief that if the spirit of independence exists among the people, Malaysia will emerge as a great and brave country in Southeast Asia. “The condition is the spirit that has been strengthened by our fathers (previous leaders). […]