Hassan percaya Anwar, tapi minta isu Zahid diperjelas dalam Dewan

Hassan percaya Anwar, tapi minta isu Zahid diperjelas dalam Dewan

Seorang Ahli Parlimen kerajaan memohon agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menjelaskan sendiri mengenai keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Hassan Karim (PH-Pasir Gudang) berkata, langkah itu perlu bagi menoktahkan kritikan yang berterusan dilemparkan terhadap Anwar kerana menurutnya ia adalah lebih baik jika Perdana Menteri boleh menjelaskan sendiri isu tersebut.

Beliau menegaskan akan terus mempercayai Anwar, namun penjelasan perlu dibuat agar isu tersebut tidak lagi dimainkan.

“Tuan Yang Dipertua, saya boleh mempertahankan Perdana Menteri, tetapi sebaik-baiknya saya mohon pada PM kalau tidak pada waktu terdekat ini, waktu Prime Minister Question Time (PMQT) untuk menjelaskan sendiri.

“Apa yang dilaporkan dalam akhbar itu adalah ‘hear say’. Saya percaya apa yang beliau kata pada saya itu (adalah) perbualan antara dua sahabat, pemimpin dengan anggota partinya. Saya berhak untuk percaya pada apa yang pemimpin saya cakap.

“‘I will not throw my leader under the bus’ (Saya tidak akan campak pemimpin saya di bawah bas). Saya akan pertahankan di dalam Dewan ini.

“Tetapi untuk berlaku adil supaya sahabat di blok pembangkang dan kami backbencher ini jelas, kami hendak dengar sendiri dari Perdana Menteri supaya isu DNAA dinokhtah di Dewan ini,” tegasnya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Hassan berkata sekiranya ia tidak dilakukan dalam masa terdekat, Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan boleh berbuat demikian semasa sesi soal jawab perdana menteri (PMQ) pada sidang akan datang.

Anwar ketika berada di Indonesia menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-43 pada 5 Sept, menjelaskan beliau tidak mencampuri keputusan mahkamah Ahmad Zahid, selain menegaskan Parlimen tidak boleh membahaskan keputusan telah ditetapkan hakim.

BACA JUGA ‘Setiap hari walaun beli beras, minyak’, cubaan nak kritik kerajaan mengundang kecaman

COMMENTS

Wordpress (0)