Gagal segera buat pendaftaran perkahwinan antara punca isu kewarganegaraan

Gagal segera buat pendaftaran perkahwinan antara punca isu kewarganegaraan

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata terdapat lebih 140,000 permohonan kewarganegaraan yang diterima pihaknya dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,000 telah diproses termasuk permohonan yang diluluskan.

Menurutnya, jika data berkaitan pemberian kewarganegaraan itu diputarbelitkan dan disebarkan, ia boleh memberi persepsi negatif terhadap usaha kementeriannya menyelesaikan isu kewarganegaraan termasuk yang banyak disebabkan oleh kelewatan pendaftaran perkahwinan.

“Sebab puncanya adalah pelbagai, kadang-kadang ibu bapa gagal untuk segera membuat pendaftaran perkahwinan, sedangkan dalam kes kewarganegaraan prasyarat penting dokumen ialah sijil perkahwinan.

“Jadi apabila ada kekurangan itu lama-kelamaan masalah timbul kepada anak-anak yang dilahirkan.

“Jadi bila mereka (ibu bapa) cuba betulkan, mereka angkat pula permohonan, permohonan pula mengambil masa yang lama, dalam kes ini 19 tahun, 20 tahun pun ada, 15 tahun itu biasa, 12 tahun lagi banyak.

“Jadi, itulah yang saya sebutkan bahawa maksud memberi, mempermudah kelulusan kewarganegaraan adalah untuk kes seperti ini (iaitu) ibu bapa orang Malaysia, anak lahir di sini,” katanya dipetik Bernama.

Sebelum ini, Jabatan Pendaftaran Negara dilapor menafikan dakwaan kira-kira 54,000 warga China sedang dalam proses diberikan kerakyatan Malaysia kononnya untuk menjadi pengundi DAP.

COMMENTS

Wordpress (0)