
India sekat eksport bawang
India telah menyekat eksport bawang dengan menguatkuasakan harga eksport minima pada US$800 per tan.
Harga ini berkuatkuasa hari ini dan akan kekal sehingga hujung 2023, kata Kementerian Hal Ehwal Pengguna negara tersebut.
“Langkah ini diambil untuk mengekalkan bekalan bawang yang cukup untuk pengguna domestik pada harga wajar kerana kuantiti stok bawang dari musim penuaian 2023 telah jatuh,” kata kementerian tersebut.
Negara tersebut sedang mendapatkan tambahan 200 tan bawang untuk memperkukuhkan stok simpanan bawangnya.
Ia telah menggunakan simpanan stok bawang sejak minggu kedua dalam bulan Ogos untuk mengawal harga.
India mengenakan duti eksport ke atas bawang sebanyak 40 peratus sejak bulan Ogos.
India merupakan pembekal bawang terbesar ke Malaysia di tahap 57 peratus.