Inflasi kini alami aliran penurunan

Kementerian Ekonomi mendapati peningkatan kadar inflasi di Malaysia kini menunjukkan aliran penurunan meskipun ketika musim perayaan Tahun Baru Cina.

Menterinya, Rafizi Ramli berkata, kadar inflasi merekodkan peningkatan 0.2 peratus berdasarkan pertumbuhan bulan ke bulan sewaktu sambutan Tahun Baharu Cina 2023.

Jelasnya, kadar itu lebih rendah berbanding 2021 sebanyak 0.3 peratus dan 2022 sebanyak 0.24 peratus.

“Ia menunjukkan trend penurunan ini sebagai isyarat yang baik untuk negara walaupun musim perayaan permintaan pengguna tinggi,” katanya pada sidang media penerbitan Indeks Harga pengguna (IHP) Januari 2023 hari ini.

Dalam masa sama, Ahli Parlimen Pandan itu turut memyambut baik sambutan mengalakkan daripada rakyat yang menyertai Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) walaupun baru sahaja dilancarkan minggu lalu.

“Seramai 22,319 peserta telah mendaftar, walaupun ia baru sahaja dibuka pada 26 Februari lalu.

“Inisiatif ini bukan sahaja memberi manfaat kepada golongan yang berpendapatan rendah untuk berniaga.

“Ia juga membuka lebih banyak peluang pekerjaan khususnya kepada lepasan universiti dan TVET (Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional),” ujarnya lagi.

BACA JUGA Formula Rafizi dapat sambutan, lebih 22,000 daftar Inisiatif Pendapatan Rakyat