
Isu 3R: Raja-Raja Melayu institusi demokrasi wajib dihormati
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menjelaskan berkenaan kes 3R (bangsa, agama dan raja) semasa sesi penggulungan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12 bilamana beliau menyifatkan Raja-Raja Melayu sebagai sebahagian daripada institusi demokrasi yang wajib dihormati.
Antara ahli politik yang disiasat dalam perkara ini adalah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang).
“Bila sentuh Raja-raja, mereka tak boleh jawab di parlimen. Institusi Yang DiPertuan Agong adalah simbol perpaduan dan ketua agama Islam di Wilayah Persekutuan.
“Dalam kes Selangor, laporan dari Dewan Diraja Selangor dan Sultan titahkan.
Dia (Sanusi) anggap ini tak adil.”
Anwar turut menjelaskan bahawa kes ke atas Hadi adalah kerana pemimpin tersebut mempertikaikan bidang kuasa Agong dan Raja-Raja Melayu dalam Lembaga Pengampunan.
“Marang pertikai Lembaga Pengampunan yang diketuai Raja-Raja
“Saya tidak ada ruang. Kuasa saya terbatas. DYMM ada basis, jangan heret dia dalam politik.”
Hadi membuat kenyataan mempertikai kuasa Agong ketika kempen pilihan raya kecil Pulai dan Simpang Jeram.
Pada masa sama Anwar berpendirian Akta Hasutan tidak boleh digunakan terhadap pengkritik kerajaan.
“Kita dituduh Marang dan lain-lain macam-macam. Kalau menentang Perdana Menteri dan menteri, saya tak mahu ini digunakan.
“Kalau kritik kerajaan saya tidak mahu Akta Hasutan digunakan,” kata Anwar.
Sebelum itu beliau turut menjelaskan isu berkaitan keputusan lepas tanpa bebas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi