Jika harga telur dinaikkan, ayam bertelur dua kali sehari, logik Wee Ka Siong

Jika teori Presiden MCA, Datuk Sri Wee Ka Siong betul tentang menghasilkan telur, jika harga telur dinaikkan, maka ayam akan bertelur dua kali sehari.

Itulah yang berlaku jika logik Ahli Parlimen Air Hitam itu betul apabila beliau menuntut kerajaan menaikkan harga telur bagi mencukupkan bekalan telur di negara ini.

Ekoran itu, tindakan Wee Ka Siong mengkritik Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Haji Mohamad Sabu yang ke India untuk melihat sendiri ladang penternakan ayam telur diserang balas oleh orang ramai.

Ini kerana, bagi mereka, tindakan Mohamad mengimport telur dari India untuk mencukupkan bekalan telur di negara ini dan pergi sendiri ke India untuk melihat sumbernya satu tindakan yang tepat.

“Jika telur ayam mencukupi jika harganya dinaikkan, samalah apabila kita berkata, jika harga dinaikkan, ayam akan bertelur dua kali sehari. Padahal ayam bertelur sekali sehari sahaja sebelum ini,” kata netizen.

“Tahniah YB Mohamad Sabu. Langkah mengimport ‘tactical strategy‘ terbaik untuk hadapinya,” kata Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah pula dalam satu kenyataan di Facebook beliau.

Katanya, selepas telur diimport dari India akibat kekurangan telur di pasaran, barulah telur-telur dikeluarkan.

“Akhirnya telur dikeluarkan. Katanya berjuta-juta biji telur di eksport ke Singapura setiap hari.

“Sebenarnya, telur ada,” kata beliau mengulas kenyataan Wee Ka Siong, Ahli Parlimen Air Hitam itu.

Bagi Wan Rahim, ketiadaan telur di pasaran adalah berpunca dari kapitalis yang bekerjsama dengan kartel dan mafia.

“Kapitalis + Mafia + Kartel Telur,” tulis Wan Rahim.

Wee mengkritik langkah Mohamad Sabu ke India untuk melihat sendiri kedudukan pengeluaran telur di negara itu.

Mohamad ke Namakkal, Tamil Nadu, India hujung minggu baru-baru ini untuk mempastikan telur yang hendak diimport itu selamat dan dihasilkan dalam suasana yang hygenic.

“Saya cadangkan datang ke kawasan saya Parlimen Ayer Hitam. Yong Peng ada lebih 100 ladang ayam dan di sinilah tempat paling popular menghasilkan telur untuk pasaran tempatan dan juga berjuta biji telur dieksport ke Singapura setiap hari,” kata Wee dalam catatan di Facebook beliau semalam mengutuk Mohamad.

Wee juga mempertikaikan kenapa telur dari India dijual dengan harga 50 sen sebiji. Sebelum ini Harapan Daily telah melaporkan telur dari India itu dijual 50 sen sebiji kerana ia dibawa untuk percubaan melalui kargo udara yang kos pengangkutannya tinggi.

Selepas ini, telur dari India akan dibawa melalui kapal laut di mana harganya akan lebih rendah dan kompetatif dengan harga telur tempatan.

Sementara itu, para netizen yang membaca berita tentang kenyataan Wee Kaa Siong itu membela Mohamad Sabu dan mengutuk kenyataan bekas Menteri Pengangkutan itu.

Azrin Muhamad Wirsat menulis, “Kalau bekalan telur dalam negara mencukupi, kenapa kat mana-mana kedai selalu tak ada jual?”

MRadzi Malek pula menulis, “Dia berbunyi sebab persatuan pembekal telur tempatan pun geng dia juga. Bila telur diimport baru depa ada akai.”

Salim Khan G Haider pula mempertikaikan peranan Wee semasa menjadi menteri dahulu.

“Lampu & lift MRT & LRT Station pun tak boleh handle masa jadi Menteri Pengakutan. Ni tiba-tiba nak cakap pasal telur pulak. Dulu dok diam je bukannya nak menolong selesaikan masalah,” katanya.

Uthaya Kumar juga memuji langkah Mohamad Sabu membawa telur dari luar untuk rakyat negara ini.

“Yang pergi sorok telur dan naik harga itu tak nak tanya pulak… biar kartel semua simpan… menteri buat kerja dia cari telur dari luar negara untuk rakyat,” katanya.

 

BACA JUGA Mohamad Sabu habiskan cuti hujung minggu lawat ladang telur di India

JUGA Strategi import menjadi, kini telur mudah didapati di pasaran