Jakel Shah Alam terbakar lagi libatkan bilik simpanan langsir

Wisma Jakel Shah Alam di Seksyen 7 terbakar lagi pada awal pagi tadi.

Kebakaran di bangunan Wisma Jakel itu membabitkan satu bilik simpanan kain langsir berkeluasan 2.78 meter persegi (30×40 kaki persegi) di tingkat tiga.

Pada 1 Januari lalu, Jakel dilaporkan terbakar sehingga 80 peratus, dipercayai akibat litar pintas, memusnahkan bahagian dalam lot bangunan tiga tingkat.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbaru ini sekitar jam 12.40 tengah malam tadi.

Seramai 43 pegawai dan anggota dari enam Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) digerakkan ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran.

Api berjaya dikawal daripada merebak pada jam 1.45 pagi sebelum kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 3.07 pagi.

Kebakaran bagaimanapun tidak membabitkan sebarang mangsa

Foto JBPM Selangor
Foto JBPM Selangor

Foto JBPM Selangor