
Jakim: Dr Norhafizah digugurkan kerana terdapat aduan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini memaklumkan nama penceramah bebas, Datuk Dr Norhafizah Musa dalam program Muslimah Putrajaya Berselawat dan Mencintai Rasulullah SAW digugurkan.
Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata pengguguran itu susulan terdapat aduan daripada pihak yang mempertikaikan penglibatan penceramah bebas tersebut.
“Pihak Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) selaku rakan kerjasama program telah mengadakan perbincangan bersama penganjur utama program.
“Kesepakatan telah dipersetujui supaya langkah-langkah bagi mengelakkan isu berbangkit timbul, maka nama Datuk Dr Norhafizah Musa telah digantikan dengan tokoh lain.
“Semoga isu ini tidak diperbesarkan dan menjadi hak penganjur untuk menentukan keputusan bagi memastikan program tersebut berjalan dengan lancar,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Penyertaan Program Muslimah Putrajaya Berselawat dan Mencintai Rasulullah SAW dijadualkan pada 24 Sept dianjurkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan di Putrajaya dengan kerjasama MTMZA dan dikenakan bayaran RM30 seorang.
Semalam Dr Norhafizah mendakwa bahawa beliau digugurkan kerana arahan pihak atasan.
Ape pun program anjuran kerajaan & ngo harus lah melalui process penapisan yg teliti… Ini utk mengelak kan dari di sertai oleh pihak penungang2 agama yg merosakkan akidah ummat islam
apa pun alasannya, pehak yg terlibat kena ingat yg mereka kena menjawab bila Allah tanya nnt di akhirat…
Rezeki, ajal maut, jodoh adalah hak Allah SWT. Jadi tiada keperluan untuk dipersoalkan sekiranya kita menganggap diri kita sorang yg beriman dan bertakwa.
Ustazah ni bukan main2 kerana sebaris dgn utama pas