Jangan guna temberang, PM Anwar tempelak pembangkang baca buku belanjawan

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pembangkang agar tidak terus menabur pembohongan termasuk menuduh kerajaan pada masa ini sebagai zalim.

Menurutnya, Belanjawan 2023 yang dibentangkan 24 Februari lalu jauh lebih baik berbanding belanjawan sejak tiga tahun lalu.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu juga mendesak ahli Parlimen daripada blok pembangkang membaca dan meneliti perincian Belanjawan 2023.

Penegasan Perdana Menteri itu dibuat ketika menggulung perbahasan Belanjawan peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.

“Bacalah buku belanjawan itu. Jangan guna temberang sana-sini,” tegasnya.

Dalam masa sama, teraju Kerajaan Perpaduan itu mempersoalkan mengapa tidak berlaku pertambahan peruntukan untuk negeri dalam belanjawan bagi tempoh tiga tahun yang lalu.

“Perlis daripada RM250 juta sebelum ini, saya tambah jadi RM570 juta.

“Tiga tahun lalu apa jadi? Mengapa tidak (peruntukan) ditambah? Di mana peruntukan Kelantan?

“Saya tambah RM2.5 bilion daripada RM1.8 bilion. Tak perlu ucap terima kasih (kepada saya) tetapi jangan hina dan cerca saya,” kata beliau.

BACA JUGA Cukai taksiran rumah strata, teres Putrajaya dikurangkan lima dan 20 peratus – PM

Â