
Jangan termakan dakwaan beras putih tempatan naik harga
Pengarah Komunikasi Umno, Datuk Lokman Noor Adam menasihatkan orang ramai agar tidak ‘termakan’ dengan dakwaan tidak benar berkenaan kenaikan harga beras putih tempatan.
Beliau berkata, harga beras putih tempatan tidak pernah naik dan masih lagi kekal pada harga RM26 untuk 10 kilogram kampit beras.
Beliau juga memberitahu perbezaan beras tempatan dan import di mana label berwarna ungu merujuk kepada beras tempatan, manakala label berwarna biru merupakan beras import.
“Jangan termakan dengan cerita-cerita bahawa beras putih tempatan dijual pada harga import, tak benar. Kalau ada bukti sila report kepada KPDN
“Beras import putih ni naik harga sebab hari ini kita banyak import dari India. India sudah membuat sekatan tak nak eksport keluar sebab dia punya keperluan untuk dalam negara sendiri pun tak cukup. Permintaan tinggi.
“Indonesia pun sama hari ini dah mula tak nak eksport keluar, mereka nak pakai untuk diri sendiri. Jadi bila kurangnya penawaran, harga beras import memang naik,” katanya dalam satu video penjelasan pendek di Facebook.
Pada masa sama, beliau turut menafikan dakwaan bahawa pengilang Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd. (JFC) membungkus semula beras tempatan menjadi beras import.
JFC sebelum ini telah menafikan dakwaan yang tersebar dan memaklumkan bahawa pembungkusan beras itu sama sekali bukan beras tempatan, sebaliknya ia membabitkan Beras Putih Import.
“Dakwaan bahawa bungkusan beras yang dibuka merupakan beras tempatan seperti yang dinyatakan di dalam video tersebut adalah tidak benar, sebaliknya ia adalah Beras Putih Import (BPI).
“Pembungkusan semula BPI merupakan satu proses normal apabila berlaku kejadian kampit pecah atau beras berhabuk sewaktu kampit beras berada di kedai dan pasar raya,” maklum kenyataan itu.
BACA JUGA Bukan tukar beras, tapi ganti kampit pecah, beras berhabuk
Sini dtg sabah(Tawau)tgk beras..beras putih pun dia org kasih naik harga..apa mcm sembang kari..sembang kedai kopilah lu…
Report pada agensi Kawalselia Padi Beras . bukan KPDN…