Jawatan Menteri KPDN akan segera diisi

Jawatan Menteri KPDN akan segera diisi

Kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan diisi secepat mungkin, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, katanya, jika sesiapa mempunyai cadangan bagi mengisi jawatan terbabit, boleh menulis surat kepadanya.

“Insya-Allah, kita akan isi kekosongan (jawatan), kalau ada cadangan sila tulis surat kepada saya secepat mungkin,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Nasyrul Quran di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, beliau menyempurnakan Solidariti Wakaf Sejuta al-Quran dan Majlis Penghantaran Tiga Kontena susulan keputusan Malaysia mencetak dan mengedarkan sejuta naskhah al-Quran ke seluruh dunia sebagai tindak balas terhadap pembakaran kitab suci umat Islam itu.

Pada masa ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali memangku jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Jawatan Menteri KPDN itu kosong apabila penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang yang memulakan inisiatif Rahmah meninggal dunia pada 23 Julai lalu.

BACA JUGA Rakyat terima perjuangan Rahmah, legasi Salahuddin segar di hati

COMMENTS

Wordpress (0)