
JSJK sedang dapatkan semula aset 1MDB
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) PDRM sedang mendapatkan semula aset yang dikaitkan dengan 1MDB bernilai jutaan ringgit daripada seorang individu yang telah dikenalpasti susulan siasatan ke atas bekas kakitangan Goldman Sachs Roger Ng.
Perkara ini disahkan oleh Pengarah JSJK Ramli Yoosuf.
“Kami sangat positif akan dapat memperoleh semula aset bernilai jutaan ringgit,” katanya dalam satu sidang media.
Ramli bagaimanapun tidak mendedahkan identiti individu terbabit yang dipercayai berada di luar negara.
Ng yang juga berdepan tuduhan di Amerika telah kembali ke Malaysia awal bulan ini untuk membantu siasatan pihak berkuasa dalam isu aset 1MDB.
Ng telah dihukum penjara 10 tahun di New York kerana menggelapkan wang 1MDB dalam bulan Mac.
Rakan Ng, Tim Leissner turut didapati bersalah atas kesalahan rasuah, pengubahan wang haram dan penggelapan wang.
Pihak PDRM telahpun menyiasat mantan peguam 1MDB Jasmine Loo dan merampas aset bernilai hampir RM93.2 juta.
Sebelum itu, Kee Kok Thiam yang disisasat dalam kes 1MDB dan SRC INternational kembali ke Malaysia untuk memberi kerjasama kepada siasatan SPRM dalam bulan Mei tetapi meninggal dunia kerana serangan angin ahmar pada bulan Jun.