Jualan Ramadan Madani mudahkan rakyat dapatkan barangan keperluan

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Jualan Ramadan Madani anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan.

“Insya-Allah, inisiatif Jualan Ramadan Madani oleh FAMA ini akan dapat memudahkan pengguna untuk mendapatkan barangan keperluan menjelang Ramadan nanti,” katanya menerusi Facebook rasmi beliau.

Semalam, FAMA melancarkan Jualan Ramadan Madani peringkat kebangsaan di Pasar Tani Putrajaya.

Program jualan bagi mendapatkan keperluan menyambut Ramadan nanti menyaksikan penglibatan sebanyak 103 lokasi pasar tani di seluruh negara.

Bekalan agromakanan seperti telur ayam, ayam, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan dan komoditi lain akan dijual lebih murah berbanding pasaran lain iaitu antara lima hingga 10 peratus.

BACA JUGA 320,000 pelajar B40 bakal dapat manfaat Menu Siswa Rahmah