Kalau celaru kenapa pertumbuhan kita lebih dari China, Indonesia dan Vietnam

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak pembangkang apabila mendakwa dasar ekonomi negara ini celaru dengan menunjukkan kadar pencapaian ekonomi untuk suku tahun pertama tahun ini.

“Takkan dasar ekonomi kita celaru kalau pencapaian ekonomi kita 5.6 peratus untuk suku yang pertama yang lebih baik dari Inodenesia, China dan juga Vietnam,” kata Anwar ketika menempelak penyataan Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mendakwa dasar ekonomi Malaysia celaru.

PM Anwar berkata, pertumbuhan ekonomi untuk suku tahun pertama 2023 menunjukkan kadarnya adalah 5.6 peratus yang lebih tinggi dari Indonesia (5.0 peratus), China (4.5 peratus) dan Vietnam (3.3 peratus).

Dalam jawapannya, Anwar juga berkata, walaupun program tebatan banjir yang diluluskan oleh kerajaan sebelum ini telah dibatalkan kerana ia dibuat tanpa tender terbuka, tender semula telah dibuat secara ‘fast track’ untuk membolehkan ia dilaksanakan segera.

PM Anwar juga memaklumkan, Putera Mahkota Abu Dhabi yang berada di Malaysia sekarang bertujuan untuk mempercepatkan proses pelaburan di negara ini.

Putera Mahkota Abu Dhabi yang juga Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi, Sheikh Khaled Mohamed Zayed Al Nahyan tiba di sini semalam bagi memulakan lawatan khas empat hari ke Malaysia hingga 24 Mei.

Anwar juga memaklumkan, China telah bersetuju agar projek menjadikan Tanjung Malim sebagai Atomation City dipercepatkan untuk melicinkan proses pelaburan ke negara ini.

 

BACA JUGA ‘Fahaman agama melampau berpangkal pada soal pendidikan’