Kalau sedekah, kenapa perlu bersumpah?

Kalau sedekah, kenapa perlu bersumpah?

Ketua Penerangan AMK Terengganu Wan Muhamad Haikal Wan Ghazali mempertikaikan niat ‘sedekah’ yang diberikan Perikatan Nasional (PN) kepada pengundi semasa dalam tempoh kempen Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) yang lalu.

Dia berkata ini kerana ‘sedekah’ yang diberikan itu perlu ‘bersumpah’ menggunakan nama agama untuk memberi undi kepada Perikatan Nasional yang diketuai oleh Pas.

“Pertikaian sedekah itu timbul sebab ada beberapa klip video yang menunjukkan penerima wang dipaksa bersumpah menggunakan nama Allah untuk mengundi Pas. Pemberian itu bukan dalam kategori bersedekah,” katanya ketika dihubungi Harapan Daily pagi tadi.

Beliau berkata sedemikian berikutan tindakan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mempertahankan tindakan mengagihkan wang oleh segelintir individu kepada pengundi ketika PRU15 lalu dengan mendakwa ia adalah sedekah.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan pemberian itu adalah hak orang awam yang ingin memberikan sumbangan dan undang-undang telah menetapkan hanya calon dan wakil calon tidak boleh memberi wang ketika berkempen.

Haikal berkata bahawa beliau hairan dengan pendirian PAS yang masih mempertahankan kempen pengagihan wang kepada pengundi. Beliau juga menambah, rakyat perlu peka bagi memastikan amalan ini tidak berlaku lagi.

“Sepatutnya mereka (PAS) mereka tidak boleh menegakkan benang yang basah (pengagihan wang), kerana perbuatan itu jelas bertentangan dengan peraturan pilihan raya. Rakyat sepatutnya perlu celik untuk pastikan kita tidak diperdayakan lagi,” tegas beliau.

Dalam perkembangan berkaitan Pesuruhanjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, sedekah mahupun sumbangan tetap dianggap sebagai rasuah yang dibayar kepada pengundi untuk mengundi pada pilihan raya.

Kata Azam Baki lagi, pihaknya telah membuka beberapa kertas siasatan selepas menerima aduan semasa dan selepas PRU15.

BACA JUGA: Isu beri pengundi duit, Pas anggap ‘budaya derma’ dah jadi darah daging

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )