
Kekurangan minyak masak kerana 60% penerima bukan penerima subsidi
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh menafikan kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi adalah berpunca daripada aktiviti penyeludupan atau ketirisan.
Sebaliknya ia berlaku kerana 60 peratus daripada 60 juta minyak masak paket itu digunakan peniaga mikro yang tidak tergolong sebagai penerima subsidi barangan itu dan tiada tindakan dikenakan ke atas peniaga mikro setakat ini.
Pendekatan minyak masak bersubsidi perlu dibuat bagi mengelak peningkatan harga barangan lain di pasaran.
“Justeru, KPDN akan melaksanakan subsidi bersasar dengan ketetapan baharu iaitu golongan B40, sebahagian kumpulan M40 dan peniaga mikro dikategorikan sebagai penerima, membabitkan 5.8 juta isi rumah.
“Mungkin kita perlu menambah jumlah kuota ini (pada masa hadapan). Justeru, saya berharap akan ada wakil rakyat membangkitkan perkara ini dalam perbahasan Bajet 2024 nanti,” kata Fuziah ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.