Kementerian Pendididkan keluarkan garis panduan Minggu Solidariti Palestin

Kementerian Pendididkan keluarkan garis panduan Minggu Solidariti Palestin

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengeluarkan garis panduan aktiviti Minggu Solidariti Palestin sebagai rujukan kepada institusi pendidikan di bawahnya.

Garis panduan program yang mula dilangsungkan pada 29 Oktober lalu sehingga 3 November depan itu, dimuat naik di laman sosial X Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, semalam.

Boleh buat

Perkara yang boleh dibuat sempena Minggu Solidariti Palestin:

1) Fokus pada kemanusiaan:

– Tekankan perjuangan kemanusiaan dan pentingnya kedamaian, bukannya elemen keganasan atau kontroversi

2) Dorong pemahaman:

– Libatkan aktiviti pendidikan seperti ceramah, pameran foto, atau tayangan dokumentari yang memberi gambaran sebenar situasi di Palestin

3) Jemput penceramah yang berwibawa:
– Pilih penceramah yang berpengetahuan dan mampu menyampaikan fakta dengan cara yang berimbang

4) Galakkan dialog terbuka:
– Anjurkan sesi soal jawab atau forum diskusi untuk membincangkan isu dengan pelbagai perspektif

5) Ajak kerjasama:
– Jemput organisasi-organisasi kemanusiaan dan NGO yang berpengalaman untuk berkolaborasi dalam program

6) Kempel amal:
– Mengumpul sumbangan untuk bantuan kemanusiaan seperti makanan, pakaian atau pendidikan

7) Promosi kedamaian:
– Tekankan pentingnya kedamaian, keadilan dan keharmonian dalam semua aktiviti

Tak boleh buat

Perkara yang tidak boleh dibuat sempena Minggu Solidariti Palestin:

1) Hindari retorik ektremis:

– Jangan menggunakan simbol yang boleh dilihat sebagai provokatif atau menyokong keganasan. Contohnya senjata api, pedang, tombak

2) Elakkan menyalahkan individu atau agama:

– Jangan generalisasikan atau menyalahkan sluruh kelompok atau agama tertentu atas dasar tindakan segelintir individu

3) Jangan memanipulasi fakta:

– Pastikan semua maklumat yang disampaikan adalah benar dan tidak disesatkan.

4) Elakkan aktiviti yang boleh meinumbulkan konfrontasi:

– Hindari aktiviti seperti protes jalanan yang boleh menimbulkan konflik atau ketegangan

5) Hindari politik partisan:

– Jangan memihak atau memberikan platform kepada mana-mana pihak politik

6) Jangan hanya menonjolkan perspektif satu pihak:

– Walaupun tujuan adalah untuk solidariti kepada Palestin, cuba untuk memberikan gambaran yang berimbang tentang situasi

7) Elakkan menggunakan simbol atau ikon yang boleh menimbulkan kontroversi
– Ini termasuklah bendera, slogan atau gambar yang mungkin menyinggung perasaan pihak lain.

Idea solidariti ialah hasil nukilan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebuah sekolah telah membuat acara berkaitan sebelum tarikh tersebut mengundang kritikan umum

Pada 28 Oktober lalu, beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari kaum Cina dan DAP menggesa KPM mengkaji semula keputusan menganjurkan Minggu Solidariti Palestin di sekolah dan institusi pendidikan awam.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka menjelaskan keputusan mengadakan program sedemikian patut dikaji semula supaya sekolah dan institusi awam bebas daripada unsur kedendaman dan keganasan.

“Kami difahamkan tujuan KPM untuk mendidik pelajar mengenai nilai manusiawi, hak asasi manusia dan keprihatinan terhadap penderitaan.

“Namun adalah sukar bagi KPM untuk memantau program Solidariti Palestin itu mencapai matlamatnya tanpa menyebar rasa kedendaman dan keganasan,” katanya dilapor.

Ini menyebabkan kumpulan PKR tersebut dikecam.

Semalam, kumpulan yang sama mengeluarkan kenyataan menyatakan bahawa gesaan mereka telah disalah tafsir.

Dalam satu kenyataan itu, kumpulan berkenaan berkata, mereka membuat gesaan tersebut kerana bimbang unsur keterlaluan yang mungkin wujud dalam program tersebut dan bukan penentangan kepada Palestin, apatah lagi menyokong tindak-tanduk Israel.

Tegasnya, pendirian mereka tidak berganjak malah mendukung sepenuhnya kerajaan menentang kezaliman tentera Israel terhadap rakyat Palestin dalam konflik di Timur Tengah.

AMANAH, Umno dan sebanyak 30 kumpulan bukan kerajaan pula mahu aktiviti solidariti tersebut diteruskan.

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )